
avit_leo
5 tahun
TMJ dan air liur berdarah
Hi Doctor, saya lelaki berumur 39 tahun. sudah mengalami rahang atau TMJ disorder yg sangat lama dan tidak selesa di bahagian kiri dan telinga kerap berdensing. hampir setiap hari bahagian tersebut tidak selesa dan saya selalu mengerakan rongga mulut disebabkan ketidakselesaan tersebut.saya dapat merasakan bila pergerakan yg tidak normal bila memegang di tepi telinga tersebut.seperti ade ketulan terkeluar. saya ada persoalan:
1- saya kadang-kadang mengalami air liur yang bercampur sedikit darahyg segar. adakah pergerakan rahang yg kerap bagi pesakit TMJ akan menyebabkan pendarahan maka bercampur di air liur? kadang-kadang saya musykil darah itu datang dari mane.
2- jika ingin rujuk ke hospital pakar, bahagian mana apakah yg merawat penyakit ini. adakah pakar pergigian atau ENT?
terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini harus dirujuk dengan doktor pakar gigi. Saya tidak dapat untuk mengulas dengan lebih lanjut mengenai hal ini kerana ianya di luar bidang kepakaran kami.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor gigi.
Untuk masalah perubatan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.