Sulit
2 tahun
Tolong bantu saya doktor!:tired_face:
Saya pesakit hepatitis c… tiroid n pernah dignos kolestrol n asma… sjak bberapa mgu tgn kiri kerap kebas… dan smlm kali pertama kaki kiri kebas dan smp skg masih kebas… buat masa ni tgn kiri xde rs kebas sgt… area jantung kdg2 rasa nyeri n mcucuk… boleh tlg saya… kolestrol saya xpernah amik ubat apa2. N tiroid sudah hmpir 2thun stop cabimazol… n asma pakai pump biru gelap dan hep c saya xpernah scan hati lg…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan anda, anda ingin mengetahui penyebab dari gejala kebas seluruh badan, kaki dan tangan yang disertai gejala sakit dada. Kami akan cuba membantu.
Umumnya gejala badan, kaki dan tangan kebas yang disertai sakit dada boleh berpunca dari pelbagai gangguan antaranya termasuk:
- parasthesia
- kekejangan otot
- serangan panik
- kesan sampingan ubat tertentu
Namun begitu, ia juga boleh disebabkan oleh gangguan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor selanjutnya, seperti:
- cardiopulmonary disease
- gangguan saraf
Memandangkan anda mempunyai pelbagai penyakit lain seperti hepatitis c, tiroid, masalah kolesterol dan asma serta tidak lagi mengambil ubat untuk sebahagian penyakit, oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini di hospital agar pemeriksaan lanjut dapat dilakukan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.