
Sulit
4 tahun
Tompok hitam di lendir
Hi doc, saya berumur 30 tahun. Saya ada masalah allergic sinusitis. Berharap tidak sinusitis la. Tetapi saya perasan hingus saya ada tompok warna hitam. Adakah itu normal untuk seorang yang ada masalah allergic sinusitis ye. Perlu ke saya berjumpa doktor utk masalah ini. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah hingus yang berwarna hitam. Adalah dimaklumkan bahawa penyakit alahan sinus tidak berkait dengan hingus yang berwarna hitam, malah hingus anda akan berwarna hijau atau kuning. Namun, kemungkinan apa yang alami adalah sinusitis, tetapi telah berlakunya komplikasi.
Untuk makluman anda, hingus berwarna hitam boleh menandakan beberapa jenis penyakit iaitu:
- Irritasi bahan asing seperti bahan pencemar, rokok, lombong arang, ataupun asap api.
- Jangkitan kulat
- Jangkitan TB (tuberculosis)
- Jangkitan kuman dan keradangan paru-paru (Pneumonia)
- Penyakit jantung
- Pengambilan ubat _anti-coagulants _ atau anti-platelet (ubat pencairan darah)
- Penyakit autoimun seperti sarcodoisis atau lupus erythematous
- Kanser paru-paru
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda sekiranya perkara in berlarutan serta semakin teruk agar mendapatkan siasatan lebih lanjut mengenai masalah anda serta mendapatkan rawatan yang sesuai.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.