Sulit
2 tahun
Tongsil Dan tongsil ketika hamil
Saya 27 tahun Dan ada masalah tongsil belah kiri, setiap Kali ada jangkitan Kuman air liur Sy sgt byk Dan asyik meludah, Dan setiap Kali saya hamil sepanjang 9bulan, air liur Sy jd byk mcm Sy sakit tongsil … Saya kurang selesa, boleh ke Sy nak operation untuk membuang tongsil ketika hamil??
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami anda mempunyai masalah radang tonsil dan mengalami masalah ini untuk keseluruhan kehamilan anda.
Memang ada pakar bedah yang boleh melakukan operasi ini ,namun demikian anda dan pakar anda perlu berbincang dengan ketara sebelum melakukan operasi ini.
Kehamilan boleh memberikan perubahan kepada badan termasuk perubahan pada mulut anda.
Komplikasi utama yang berkaitan dengan tonsilektomi adalah pendarahan dan risiko anestetik
Kami harap jawapan ini membantu.
Anda disarankan untuk bercakap dengan dokor pakar untuk masalah ini.T
Kami harap jawapan ini membantu.
Terima kasih.