
sitizainabnoh
6 tahun
Tonsil Anak Usia 5 Tahun
Hai DOC. Anak sy berusia 5 thn. Pd usia 9 bln. Dia pernah mengalami demam panas, punca utama tonsil bengkak. Pd usia 10 bln dia mengalami sawan kali pertama. Dlm tempoh beberapa thn ni dia sering demam dan setiap kali rawatan doktor beritahu tonsil sedikit merah/bengkak dan setiap kali itu dia perlu mengambil antibiotik. Pd usia 1 thn 5 bln, dia mengalami sawan kali 2 disebabkan Influenza A. Adakah anak sy ini mempunyai masalah berkaitan ENT kerana awal thn ni dia mengalami sawan kali ke 3. Prob yg detect masalah sinus. Selang sebln dia sawan sekali lagi (kali ke 4). Punca utama Influenza B. Setelah 2 minggu dia demam kembali dan disebabkan tonsil. Doktor advice supaya supaya tonsil dibuang. Cuma sinus berkaitan ke dgn tonsil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya bersimpati terhadap masalah yang anak anda hadapi. Tentang masalah tonsil tersebut, anda disarankan untuk mengikut nasihat doktor untuk membuang tonsil tersebut. Oleh kerana kawasan tekak, telinga dan hidung adalah berkaitan dan berhampiran. Sebarang jangkitan pada mana-mana kawasan boleh menyebabkan jangkitan atau keradangan pada kawasan lain.
Sila ikut nasihat doktor anda dan klik pada link ini (DoctorOnCall) jika anda memerlukan pandangan lebih lanjut tentang perkara ini. Terima kasih.