
Sulit
5 tahun
Tonsil bengkak sebelah kiri
Saya mengalami gejala demam minggu lepas beserta sakit tekak selama 3 hari. Then ditambah dengan gejala batuj sehingga hari ini. Saya mula perasan tonsil saya bengkak sebelah. Di saat ini adakah saya patut berjumpa dengan doktor ataupun buat rawatan tradisional dari rumah? Untuk makluman, saya first time mengalami bengkak tonsil.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- keradangan tonsil
- keradangan anak tekak
- peritonsilar abses
- abses mulut
Rawatan yang diperlukan adalah berdasarkan punca masalah gejala anda. Oleh itu, sila rujuk kepada doktor. Kami ada menyediakan perkhidmatan bercakap dengan doktor secara atas talian.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.