
Sulit
5 tahun
Tonsil dan nafas berbau
Hi doktor, anak saya berumur 6 tahun. Beberapa minggu sebelum ini, anak saya mengadu sakit tekak dan melihatkan ke dalam tekaknya, saya dapati ada beberapa butir nanah kecil warna putih namun dia tidak demam. Saya merasakan tonsil biasa dan meminta anak saya minum air dengan kerap. Keesokannya nanah kecut atau hampir tiada, cuma tinggal bekas sahaja. Cuma nafas anak saya berbau sehingga hari ini dan bekas nanah masih ada. Tekak tidak menunjukkan kemerahan atau bengkak cuma masih terdapat beberapa dot kecil, tidak berwarna putih sehingga hari ini. Tiada gejala demam, cuma kurang selera makan dan nafas berbau. Masih minum dengan kerap setiap hari.
Adakah Ini tonsil biasa atau saya perlu merujuk ke klinik?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ini merupakan jangkitan tonsil yang mungkin disebabkan oleh bakteria yang boleh membawa komplikasi merbahaya yang lain kepada jantung atau buah pinggang. Pesakit tonsil biasanya akan mempunyai nafas berbau. Sekiranya anda ke klinik, doktor akan memberikan ubat antibiotik dan ubat kumur.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.