Sulit
4 tahun
Tonsil kerap bengkak setiap tahun
Hi sy fiya 23thun. Tonsil sy kerap bengkak dan bernanah dri umur 16thun.adakah sy perlu membuat pembedahan? . Sebab di hospital kerajaan mengatakan kerap demam lebih 6 kli dlm sethun. Bru mereka buat pembedahan. Bolehkah sy membuat pembedahan di hptl swasta?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- keradangan tonsil
- keradangan anak tekak
- peritonsilar abses
- abses mulut
Memandangkan gejala ini telah berlangsung lama dan berulang, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Tiada masalah untuk anda membuat pembedahan di hospital swasta.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.