muhdirham860
4 tahun
Tonsil membengkak sebelah sahaja
Salam Dr.
Saya seorang lelaki berusia 19 tahun. Setahu saya tonsil sepatutnya membengkak kedua-dua belah, bukan? Tetapi semasa saya ke klinik untuk memeriksa kenapa saya demam, Dr mengatakan tonsil saya membengkak bernanah dan terdapat ulser juga pada tekak saya. Tetapi apabila saya pulang, saya melihat sendiri, tonsil saya hanya membengkak sebelah sahaja. Bagi kes ini macam mana Dr?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, tidak mustahil untuk tonsil membengkak pada sebelah bahagian sahaja. Namun, pemeriksaan sendiri tonsil adalah sukar untuk melihat kedua-dua tonsil. Oleh sebab itu adalah penting untuk doktor yang menilainya. Walaubagaimanapun, apa yang penting adalah untuk anda mengikuti rawatan yang diberikan oleh doktor anda untuk pemulihan radang tonsil dan ulser anda.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.