
Sulit
5 tahun
Tonsillitis dan pharyngeal reflex
Assalamualaikum.
Pada bulan nov saya mengalami demam yg agak teruk serta tonsil kedua²nya bengkak dan infection, serta berdarah.
Kerana saya sering mengalami masalah tonsil dan demam… atas rujukan pakar, saya diberikan Budenase AQ 64 mcg dan Difflam Solution… sehingga kini…saya masih menggunakannya. Dan ada sekali sahaja saya diberikan Mometasone, bulan selepas itu…continue dengan Budenase AQ semula… Soalan saya… berapa lama saya perlu mengambil Budenase Aq 64 mcg? Adakah masalah tonsillitis sama dengan pharyngeal reflex?
Kedua dua masalah diatas, adakah ia akan memberi kesan yang lebih teruk (penyakit lain)?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, pharyngeal reflex bukan penyakit tetapi sesuatu yang ada pada setiap manusia.
Tonsilitis ialah penyakit yang boleh disebabkan jangkitan virus stau kuman. Walaubagaimanapun, apa yang penting adalah untuk anda mengikuti rawatan yang diberikan oleh doktor anda untuk pemulihan radang tonsil dan ulser anda.
Saya tidak boleh mengulas tentang tempoh pengambilan ubat tersebut memandangkan saya tidak mempunyai sejarah kesihatan lengkap anda. Seharusnya pengambilan ubat tersebut adalah berdasarkan pakar yang telah anda kunjungi.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.