Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Tulang belakang bengkok (skoliosis)

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Jun 18, 2021 11:30 AM

Sulit 42 hari

hai saya berumur 18 tahun , saya telah mmbuat x-ray di klinik kesihatan dan mendapati tulang belakang saya bengkok ke arah kiri . apakah posisi atau kedudukan terbaik untuk duduk dan posisi tidur yang baik bagi saya? apakah perkara yang saya perlu lakukan untuk mendapatkan rawatan?

Dr Ramzdhan 42 hari
General Practitioner

Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami

Berdasarkan keterangan yang diberikan, kami memahami bahawa anda mengalami masalah skoliosis atau tulang belakang yang bengkok ke kiri. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.

Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa tips yang boleh dilakukan untuk pesakit skoliosis seperti:

  • Posisi duduk yang lutut rendah sedikit daripada pinggang dan pastikan anda tidak membongkok.
  • Duduk yang terlalu lama juga tidak digalakkan dan anda perlu bergerak setiap 30 minit.
  • Elakkan daripada duduk pada kerusi atau sofa yang terlalu lembut, terlalu tinggi, terlalu rendah atau kerusi yang tiada sokongan pada tulang belakang.
  • Pilih tilam yang memberikan sokongan pada tulang belakang dan tidak terlalu lembut atau terlalu keras.
  • Cuba untuk tidur secara terlentang dengan lutut dibengkokkan sedikit dengan meletakkan sokongan pada bawah lutut
  • Elakkan bantal yang banyak dan tidur secara meniarap untuk mengurangkan tekanan pada tulang belakang

Rawatan akan bergantung pada tahap keterukan skoliosis seseorang. Tahap yang teruk mungkin memerlukan pembedahan untuk mengelakkan komplikasi yang serius.

Anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.

Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.

Dikemaskini pada: Fri Jun 18 2021 11:30:58 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Tulang tentang sakit belakang secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19