Anonymous
3 tahun
Tulang punggung belakang
Saya wanita berumur 19 thn, dan saya dh tiga hari rasa sakit pada tulang atas punggung dibelakang dan dibahagian tengah. Rasa sakitnya rasa smpai ke kaki tapi bahagiaan atas sahaja dan smpaikan nk tunddukan badan pon rasa sakit. Boleh saya tahu penyakit saya ni serius ataupun tidak dan perlu berjumpa doktor? Saya ingin tahu nama penyakit ni juga. Terima Kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sakit belakang anda boleh disebabkan:
- Otot atau ligamen belakang terseliuh atau tercedera
- Slipped disc : cakera antara tulang belakang terhimpit dan terkeluar dari landasan tulang belakang. Kesakitan biasanya disebabkan oleh saraf yang terhimpit disebabkan keadaan ini
- Disk prolaps
- Scoliosis : Tulang belakang bengkok akibat postur yang tidak betul terutamanya ketika mengangkat barang berat
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.































