
Sulit
3 tahun
Tulang sakit dan jangkit berjangkit ke kawasan lain
Sya lelaki umiran 24, ada satu hari badan saya sakit start dri belakang, kemudian dia berjangkit ke bahagian kaki dan rusuk sahingga sakit nak bernafas. Kalau saya sedang berehat baringkan badan… sakit tu reda, dan apabila mula bergerak, sakit tu datang balik…
Ni kali kedua rasanya kena, kali pertama sya tahan je dalam beberapa hari, dan dia pandai baik sendiri.
Adakah ini sebuah penyakit atwpun ia adalah ragam badan skali skala kena?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Bagaimanapun, keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. secara amnya, masalah sakit belakang boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Tarikan ligamen atau otot
- otot kejang / muscle spasm
- trauma/ kecederaan/kemalangan
- Masalah saraf
- keradangan pada sendi tulang belakang
Untuk mengetahui punca sebenar masalah sakit belakang anda, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Pelbagai teknik ataupun langkah mekanikal yang boleh dilakukan untuk mengurangi masalah ini. Antaranya:
- Mengamalkan postur badan baik amnya ketika duduk, berdiri, bersukan dan juga ketika mengangkat barang.
- Elakkan daripada melakukan aktiviti yang boleh untuk mencederakan tulang belakang.
- Memastikan berat badan berada pada tahap yang ideal.
- Bagi gologan wanita yang telah menopaus, anda digalakkan untuk mengambil makanan yang kaya dengan zat kalsium bagi mencegah masalah osteoporosis.
Akan tetapi, terdapat beberapa sakit belakang yang berpunca daripada masalah yang serius dan perlu untuk mendapatkan pemerhatian lanjut.
- Apabila anda rasa lemah atau lumpuh pada kaki dan paha.
- Kesakitan yang mula terasa ataupun merebak pada paha dan kaki.
- Mula merasakan kebas pada kaki dan paha.
- Pergerakan pada bahagian kaki terbatas.
- Jika simptom sakit belakang berkaitan dengan simptom berikut:
- Demam
- Sakit bahagian perut
- Penurunan berat badan
- Sakit ketika melakukan aktiviti perkumuhan
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Masih risau dengan sakit belakang anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!
Pegawai khimat pelanggan kami akan menghubungi anda untuk membantu anda mendapatkan penyelesaian kepada masalah ini.