
norazierah77
6 tahun
Tumit mencucuk-cucuk
saya wanita berumur 24 tahun , sy sering sakit tumit bila berjalan , pijak , bangun tidur seperti tumit di cucuk2 , bagaimana kah untuk sy kurangkan rasa sakit tumit

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak puan, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan sakit tumit:
Kecederaan
Kecederaan pada tumit disebabkan oleh retakan tekananTerseliuh
Plantar fasciitis
Keradangan tisu penghubung pada tapak kakiBursitis
Bursa adalah pelindung antara sendi dan antara tendon dan tulang. Keradangan bursa di bahagian belakang tumit boleh menyebabkan bengkak dan sakit di tumit.
Biasanya sakit tumit boleh dikurangkan dengan senaman fisioterapi dan ubat tahan sakit, namun terdapat keadaan yang memerlukan lawatan lebih lanjut seperti pembedahan dan ubatan lain. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk kepada doktor untuk mengetahui punca sakit tumit anda bagi mendapatkan rawatan yang sesuai. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan konsultasi secara peribadi tentang perkara ini. Konsultasi dan ubatan anda adalah percuma jika anda merupakan ahli Peduli Sihat. Terima kasih.