Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Ubat bius bahaya lepas vaksin COVID-19

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Jun 22, 2021 11:37 PM

kingraj 38 hari

Hi doktor, saya ada temujanji dengan klinik dentist 23/6 ni tapi saya juga ada temujanji vaksin pada 24/6 ini. Soalan saya, boleh ke saya mengambil ubat bius selepas menerima vaksin COVID-19? Saya pernah baca yg ubat bius bahaya dan tak boleh ambil lepas suntik vaksin, betul ke? harap doktor dpt tolong tq

Dr Ramzdhan 38 hari
General Practitioner

Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami

Kami memahami bahawa anda ingin mengetahui jika boleh menggunakan ubat bius selepas mengambil vaksin. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.

Untuk pengetahuan anda, ubat bius tidak boleh digunakan tanpa sebab. Namun ia tidak menjadi halangan atau masalah jika seseorang perlu melakukan pembedahan kecil dan memerlukan ubat bius selepas menerima vaksin COVID-19.

Jika anda mempunyai temujanji untuk pembedahan ataupun prosedur di klinik gigi yang memerlukan bius, anda boleh berbincang dengan doktor anda untuk mengetahui waktu yang sesuai untuk melakukan prosedur dan mengelakkan komplikasi yang serius.

Anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.

Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.

Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Dikemaskini pada: Tue Jun 22 2021 23:37:08 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Penyakit Berjangkit tentang jangkitan coronavirus secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19