
Sulit
4 tahun
Ubat cacing kepada kanak-kanak
Hi doctor. saya nak bertanya berkenaan ubat cacing kepada kanak-kanak. Anak saya tidak mahu makan ubat cacing. pernah saya bagi tapi dia muntah semula. nurse di klinik ada mengatakan umur 2 tahun waktu sesuai consume ubat cacing. tapi kini anak saya dah umur 2 tahun 4 bulan masih belum makan ubat cacing. Adakah akan ada kesan sampingan sekiranya tidak makan ubat tersebut. Selain itu, anak saya juga kurang selera makan. Mohon pandangan doktor.
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan yang anda tentang kesihatan anak anda. Untuk makluman anda, ubat cacing disarankan untuk diminum oleh kanak-kanak bagi mengelakkan jangkitan cacing. Terdapat pelbagai simptom/tanda jika anak anda terkena jangkitan cacing, antaranya ialah:
Tanda serangan cacing adalah :
- loya
- kekurangan selera makan
- Cirit-birit
- sakit perut
- kehilangan selera badan
- keturunan berat badan
- kelemahan badan
- ketulan atau benjolan
- ruam yang gatal
- jangkitan bakteria
- demam
- anemia (sel merah berkurangan dalam darah)
- darah dalam najis, kadang kala cacing akan dinampak dalam najis
- bengkak muka
- sakit kepala
- sensitif terhadap cahaya terang
- masalah neurologi seperti sawan
Kanak-kanak lebih terdedah dengan jangkitan yang lebih serius kerana sistem immuniti mereka masih lemah. Serangan cacing juga boleh meningkatkan risiko untuk mendapatkan anemia (kurang darah) dan penyumbatan usus.
Di samping itu, terdapat beberapa cara untuk mengelakkan daripada terkena jangkitan cacing:
- memakai kasut apabila anda berjalan di luar rumah, terutama di kawasan yang mungkin mempunyai najis di dalam tanah
- minum air yang bersih dan dimasak
- membersihkan dan memasak makanan
- mengamalkan cara cuci tangan yang betul
- elakkan ikan mentah dan daging
- simpan dan masak daging atau ayam dengan betul
- basuh, kupas, atau masak semua buah-buahan dan sayuran mentah
Dalam hal anak anda pernah muntah apabila meminum ubat cacing, jangan dipaksakan untuk diminum. Akan tetapi, sekiranya dia mempunyai gejala yang telah nyatakan di atas, saya sarankan anda untuk membawa anak anda untuk berjumpa dengan doktor.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Anda boleh bercakap dengan doktor jikalau anda ingin ketahui lebih mengenai serangan cacing. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih