Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Ubat Darah tinggi vs Kolestrol

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: April 8, 2020 1:49 AM

Sulit 51 hari

H iDoctor , Saya Lelaki 43 semalam saya mengalami masalah darah tinggi stage 2 , saya saya pergi ke Klinik kesihatan daerah untuk dapatkan ubat darah tinggi Amlopdipine 10mg dan doctor memberi ubat kolestrol Slmvastatin 10mg sebagai ubat tambahan .untuk makluman saya tiada masalah jantung .seperti yg di syorkan saya makan ubat kolestrol mlm dan darah tinggi pada sebelah pagi … dan menyebabkan rasa pening dan mual , Sialan saya perlukah saya menyambung ubat kolestrol itu dan kenapa saya perlu mengambil ubat kolestrol sedangkan saya tiada sintom sakit jantung.Hohon pencerahan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 51 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Untuk makluman anda, segelintir doktor memberi ubat untuk mengurangkan kolesterol kerana ia terbukti boleh melindungi jantung dan sebagai langkah pencegahan sebelum masalah jantung timbul. Oleh kerana anda dikira muda untuk menghidap darah tinggi pada usia 43 tahun, anda berisiko mempunyai masalah jantung jika tidak dicegah pada peringkat awal. Oleh itu, doktor mengambil keputusan untuk memberi preskripsi ubat tersebut.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor . Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Wed Apr 08 2020 01:49:31 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Sulit
Sakit dada jantung laju Sakit bila tarik nafas lagi…bila sakit dada… Jantung tiba2 laju knp ye dktr… Baca lagi...
27 hari
Sulit
Detak jantung tak teratur saya arif aidil umur 21tahun . saya ada masalah sakit dada belah kiri dan dibadan . kadang2 detak jantung saya tak teratur . menjadi panik dan cepat2 batuk supaya ia kembali normal tlg sy dokto… Baca lagi...
18 hari
Sulit
Jantung Berdebar dan sakit dada Saya wanita, berumur 37…seminggu 2 ni jantung saya selalu Berdebar dan rasa denyut laju. Kadang sakit dan pedih bahagian dada… Kadang rasa mcm ada angin yg tak lepas didada. Sakit blakng pun ada… Baca lagi...
44 hari
Sulit
Sakit kepala dan jantung berdegup laju saya wanita berusia 30 tahun. sy mengalami pening kepala dan berpusing walaupun waktu baring. jantung saya juga berdegup agak laju. kali ini saya kena agak kerap.bantu saya doktor. terima kasi… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Penjagaan makanan jantung bengkak Saya nak tanya apa makanan yang sesuai untuk sakit jantung bengkak? Dan apa punca jantung bengkak? Baca lagi...
3 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi