
Sulit
5 tahun
Ubat duphaston Untuk wanita hamil
Saya nak tanya cara makan ubat duphaston untuk wanita hamil … Saya pernah mengalami 2kali keguguran dan sekarang hamil semula … Jadi patut tak saya ambil untuk kuatkan rahim …

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya memahami tentang kebimbangan anda tentang risiko keguguran memandangkan anda mempunyai pengalaman lampau.
Masalah keguguran boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Faktor genetik
- Faktor Faktor Risiko seperti Hyperhyroid, Diabetes
- Jangkitan
- Merokok
Kami tidak boleh mengulas lebih lanjut tentang cara pengambil ubat tersebut. Disebabkan anda ingin mengambil ubat tersebut bagi mengelakkan risiko keguguran, anda memerlukan maklumat lanjut daripada doktor yang memberi preskripsi ubat tersebut kepada anda kerana doktor tersebut lebih mengetahui sejarah kesihatan anda. Sila rujuk pada doktor tersebut. Oleh kerana anda hamil, kami menasihatkan anda agar tidak mengambil ubat sewenang-wenangnya seperti membeli di farmasi tanpa mendapatkan pandangan doktor yang mempunyai sejarah kesihatan anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.