
Sulit
4 tahun
Ubat farmasi atau makanan untuk pesakit trigeminel neuralgia
Hello doc . Saya berumur 20 tahun dan di sini saya ingin mengetahui apakah ubat-ubatan atau makanan yang sesuai untuk merawat penyakit trigeminel neuralgia kerana saya merasakan sy mempunyai sakit ini sejak tiga bulan yg lalu namun masih lama lagi untuk saya menjalankan appoinment di hospital . Adakah ubat untuk sakit ini ada di farmasi biasa ataupun hanya terdapat di hospital sahaja ? Boleh doctor jelaskan ? Harap doctor boleh membantu saya dalam merawat sakit ini supaya tidak menjdi teruk tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, trigeminal neuralgia adalah sakit kronik di sekitar saraf trigeminal pada wajah. Ia adalah suatu bentuk masalah saraf. Bentuk gangguan khas atau “klasik” menyebabkan sakit muka yang tiba-tiba, teruk, tidak teratur atau seperti kejutan yang berlangsung di mana sahaja dari beberapa saat hingga dua minit setiap episod.
Diagnosis penyakit ini memerlukan pemeriksaan komprehensif sebelum rawatan yang tepat diberikan. Oleh itu, untuk merawat penyakit ini, ia memerlukan ubat preskripsi daripada doktor. Doktor biasanya akan menetapkan ubat bagi mengurangkan atau menyekat isyarat sakit saraf yang dihantar ke otak.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.