Anonymous
6 tahun
Ubat untuk merawat Kulat Candidiasis pada faraj wanita
Salam doktor,boleh sy dapatkan jenis ubat/cream apa yg sesuai untuk mengelakkan kulat ini dibahagian faraj.saya selalu rasa gatal and keluar keputihan seperti lendir2 putih seperti cream susu pada bahagian kemaluan…tetapi ianya tidak berbau busuk.malah berbau seperti vanila atau seumpamanya…jd boleh saya tahu ubat apa yg perlu sy ambil bg masalah ini.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda,jangkitan kulat di faraj adalah kebiasaanya kerana oleh sejenis kulat yang dikenali sebagai Candida Albicans. Jangkitan ini bukan sejenis jangkitan kelamin, yang disebabakan oleh hubungan seksual. Ia berpunca dari pembiakan kulat ini yang berlebihan di dalam faraj.
Terdapat banyak faktor yang boleh menyumbang kepada terjadinya masalah ini. Antaranya ialah menghidap HIV, Kencing manis, kesan ubatan kencing manis, kegemukan, mengandung, tekanan perasaan yang tinggi dan pelbagai lagi. Jika kulat dikesan di faraj namun tidak memberi kesan dan gatal, keadaan ini tidak perlu dirawat kerana ia akan sembuh secara sendiri tetapi jika ia memberi kesan atau ibu mengandung, keadaan ini harus dirawat dengan ubat.
Selain itu ubat makan seperti Fluconazole juga boleh digunakan sekiranya wanita tidak ingin menggunakan pesari yang akan dimasukkan ke dalam faraj. Ia juga baik untuk merawat jangkitan kulat secara sistemik. Jika anda merasa khuatir, sila berjumpa dengan Doktor untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang rawatan kulat di Faraj. Anda juga mungkin akan diminta untuk melakukan swab test untuk memastikan diagnosis dan rawatan yang tepat.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih














