Sulit
4 tahun
Ujian covid 19 berbeza
Dr saya ingin bertanya… Megapa setiap kali saya buat ujian covid19.garisan merah pada C terlalu pudar. Tidak seperti org lain yang garisanya merah terang. Apa puncanya… Mohon pencerahan
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda berasa risau tentang keputusan ujian saringan covid-19 yang tidak terang. Saya akan memberikan maklumat yang berkaitan untuk panduan anda.
a) Keputusan Negatif
Satu garisan merah muncul di bahagian “C” dan tiada garisan merah muncul di bahagian “T”.
(b) Keputusan Positif
Dua garisan merah yang berbeza muncul di bahagian “C” dan “T”.
- Anda perlu mengunjungi fasiliti kesihatan berdekatan anda bagi menjalani ujian RT-PCR untuk pengesahan diagnosis.
- Keputusan ujian juga boleh dilaporkan melalui aplikasi MySejahtera. Anda hanya perlu buka aplikasi MySejahtera > Tekan Helpdesk > Tekan Mula > Pilih pilihan F iaitu “Saya telah disahkan positif Covid-19 dan sedang menunggu untuk dihubungi oleh KKM”.
( c )Keputusan tidak sah
Tiada garisan berwarna muncul, atau garisan merah muncul hanya pada bahagian “T”
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































