Sulit
2 tahun
Upt test tiba-tiba negatif
Haii. Sy berusia 29 tahun dan telah berkahwin. Belum ada anak. Sebelum ni sy telah keguguran 3 kali.
Pada 9/10 yang lepas saya telah membuat ujian kehamilan dan didapati positif. Utk lebih kepastian sy telah buat ujian kehamilan utk ke 2 kali nya pada 10/10 dan keputusan juga adalah positif
Hari pertama last period sy adalah 16/9.
Pada 14/10 & 15/10 sy buat upt lagi sekali. Tp keputusan kali ini mengecewakan. Keputusan adalah NEGATIF.
Sy nk tanya apakah sy hamil atau tidak?? Dan bagaimana ujian itu berubah menjadi negatif??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Alat yang digunakan telah rosak
- Cecair spesimen yang digunakan telah bercampur dengan cairan lain
- Kesalahan dalam melakukan ujian tersebut
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.