Sulit
3 tahun
Uric Asid (Gout) Sakit sendi, sakit lutut, kaki bengkak tanda-tanda keluar selepas makan makanan yang berasakan laut
Hi Dr. Mak saya ada buat ujian darah dan Dr adanyatakan mengenai cholestrol dan darah tinggi keputusannya tinggiS. Dan mak saya juga ada tanda2 sakit sendi seperti sakit lutut dan bengkak di kaki. Dr sebelum ni pun pernah cakap pasal gout.
- Saya nak tanya,dekat result ujian darah ada stated reslut asdi urik juga ke?
- Adakah mak saya perlu membuat ujian darah sekali lagi untuk asid urik?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditujukan.
Untuk makluman anda, gout merupakan penyakit yang terdapat pada sendi dan ianya biasa melibatkan bahagian jari tangan dan kaki, dan telinga dan beberapa tempat lain. Untuk mengetahui sama ada seseorang itu mempunyai gout, tanda-tanda serangan gout adalah:
- Sakit yang teramat walaupun disentuh dengan lembut
- Sakit sendi
- Sendi bengkak
- Kesukaran untuk menggerakkan sendi
- Pergerakan terbatas
Untuk menyiasat sama ada seseorang itu mempunyai gout, ujian darah perlu dilakukan untuk melihat tahap urik asid di dalam darah.
Untuk menjawab soalan 1 anda, kami perlu mengetahui ujian darah apakah yang dilakukan oleh doktor. Jika tiada ujian urik asid dilakukan pada ibu anda, anda boleh membawanya untuk melakukan ujian urik asid jika perlu.
Masih risau dengan sakit lutut anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!
Jika anda mempunyai soalan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan daripada doktor kami. Terima kasih.