
Sulit
3 tahun
Vaksin Astrazeneca aesuai utk talasemia minor?
Saya wanita berukur 44 tahun. Mengalamai anemia semasa mengandung. Mungkin saya juga ada talasemia minor, sbb anak saya didapati minor talasemia setelah dia jalani ujian darah di sekolah.
So adakah seorg talasemia minor sesiai utk ambil Vaksin Astrazeneca?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kemusykilan anda mengenai vaksinasi COVID-19 memandangkan anda merupakan pesakit talasemia minor. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, individu yang mempunyai talasemia digalakkan untuk mengambil vaksin COVID-19 kerana ia dapat melindungi anda daripada mendapat komplikasi COVID-19 lebih-lebih lagi sekiranya limpa (spleen) anda telah dibuang dan mempunyai penyakit-penyakit yang melemahkan sistem imun seperti kencing manis.
Anda juga digalakkan untuk membuat pemeriksaan penuh atau menghubungi doktor kami di atas talian secara telekonsultasi supaya anda dapat dibantu dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini