Sulit
4 tahun
Vitamin untuk kesihatan
Hi’ doc saya ada tyroid,tetapi hanya ketulan sahaja kata doctor, bolehkah saya mengambil vitamin untuk kulit yang mengadungi VITAMIN C 1000MG + GLUTATHIONE + VITAMIN E?
Terima kasih.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kegusaran yang anda hadapi sebagai pesakit tiroid dalam memilih vitamin yang bersesuaian. Hal ini bergantung kepada jenis masalah tiroid yang anda hadapi. Vitamin C akan menyebabkan hormon tiroid dirembes secara berlebihan manakalah vitamin E pula menyebabkan hormon tiroid berkurangan. Maka, kami memerlukan maklumat lanjut tentang jenis masalah tiroid yang anda hadapi.
Bagi info lanjut, Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.