Sulit
3 tahun
Waktu subur selepas period
Hello doc, mula period pada 5/8 dan berakhir pada 11/8. Soalan saya, adakah tarikh 14 hingga 16/8 itu tarikh saya subur?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Soalan anda adalah berkenaan tarikh subur anda. Kami akan cuba memberikan penerangan.
Untuk makluman anda, pengiraan waktu subur atau waktu ovulasi seoarang wanita adalah berdasarkan tempoh kitaran haid. Biasanya ini boleh dilakukan hanya jika wanita itu mempunyai tempoh kitaran haid yang tetap.
Tempoh waktu kesuburan adalah pada pertengahan kitaran haid. Jika kitaran haid adalah 28 hari, waktu subur biasanya adalah dalam lingkungan hari ke14 kitaran yang. Kitaran haid ini dikira bermula hari pertama darah haid keluar dan berakhir pada hari sebelum darah haid seterusnya bermula.
Wanita juga boleh menggunakan kit ujian ovulasi untuk mengetahui sekiranya sedang subur atau tidak. Sebaiknya, rujuk doktor sekiranya anda mempunyai persoalan lanjut tentang kitaran haid, masalah haid atau masalah kesuburan.
Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi lanjut dalam talian secara peribadi.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.