afkar.dhiya141
5 tahun
X demam tapi hidung tersumbat
Saya lelaki usia 20 thun nk tanya… Saya x demam tapi saya mengalami pening² kepala sakit² pada urat sendi…dan baru² ni perut saya dah masuk angin yng teruk… Hidung saya tersumbat jadi agak sukar jugak laa saya nk bernafas saya x batuk ataupun sakit tekak cuma saya dapat rasa ada kehadiran kahak di situ… Jadi saya nk tanya adakah ini simtop covid19 dan perlu ka saya buat saringan… Saya x terlibat dengan mna² individu positif covid mahupun pergi ke tempat² yng berpotensi dijangkiti… Sbb bulan 6 tahun lpas saya ad buat med check up dia scan peparu saya dapati ada bacteria jadi dia bagi ubat anti biotik berbentuk pil
5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini.
Untuk makluman anda, pening kepala, sakit sendi dan perut berangin serta hidung tersumbat disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan termasuklah:
- tekanan darah rendah
- anemia
- kurang kandungan gula
- jangkitan common cold/Influenza
- GERD
- Gastrik
Berdasarkan gejala yang anda nyatakan hanya sakit sendi merujuk kepada COVID-19. Namun, sakit sendi juga boleh berlaku pada penyakit-penyakit yang dinyatakan diatas.
Keperluan ujian saringan COVID-19 adalah bergantung pada risiko jangkitan. oleh itu, Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Sekiranya anda berisiko sederhana tinggi atau tinggi, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































