
Sulit
4 tahun
Xray before wearing braces
saya nak tanya… adakah wajib untuk setiap patient yg nk pakai braces kena xray trlbih dhulu? sy ada dgr org ckap yg wajib utk semua yg nak pkai braces utk xray dulu sblm pakai. tp dental clinic tmpt sy brurusn takde pulak xray sy punya gigi. dentist cuma cek then Filing, cabut kmudian trus pkaikn braces.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang situasi yang anda hadapi. (https://www.doctoroncall.com.my/patient#/signup) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Umumnya, xray sebelum pemakaian pendakap gigi (braces) hanya diperlukan untuk
- mengetahui keadaan gigi dan akarnya (sekiranya dirasakan perlu)
- menilai dengan lebih teliti tentang struktur rahang
- melihat apakah terdapat kontraindikasi atau komplikasi terhadap pemakaian pendakap gigi
Walau bagaimanapun sekiranya doktor gigi anda mendapati tidak ada keperluan terhadap yang diatas, anda boleh mendapatkan pendapat yang kedua (second opinion) di perkhidmatan klinik gigi yang lain. Yang jelas sila pastikan klinik gigi anda adalah yang bertauliah dan berdaftar dibawah KKM.
Pastikan kebersihan dan kesihatan mulut anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Tambahan lagi, anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan kepada doktor kami secara langsung diatas talian.