
Sulit
4 tahun
Zakar saya mengalami masalah mati pucuk
Setiap malam keluar air mani… dulu saya seorang yang suka beronani… tetapi saya sudah tidak buat selama 2 tahun … masalah ini memberi kesan dalam hidup saya… plss tlg saya doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, berdasarkan definisi, mati pucuk atau lebih dikenali sebagai lemah tenaga batin boleh didefinisikan sebagai penyakit semula jadi di mana zakar seseorang lelaki tidak dapat menegang ketika ingin melakukan hubungan seks. Ia juga merujuk kepada ketidakupayaan seorang lelaki untuk mengekalkan ketegangan alat kelamin lelaki ketika melakukan hubungan seks.
Manakala bagi masalah setiap malam keluar air mani, ia boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan, antaranya ialah:
- mimpi basah - hal yang normal. Ejakulasi air mani yang berlaku semasa tidur. Kajian menunjukkan bahawa ramai lelaki mengalami ejakulasi malam pada satu ketika dalam kehidupan mereka. Terdapat perbezaan antara orgasma malam dan ejakulasi malam kerana para lelaki boleh mempunyai orgasma malam (klimaks seks) tanpa ejakulasi (pelepasan mani cecair).
- nocturnal emission
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ubat sedatif boleh menyebabkan relaksasi saraf atau ubat anti-hipertensi boleh menyebabkan saraf yang lemah untuk berfungsi.
- Pengambilan minuman alkohol dan kuat merokok boleh menghalang pengaliran darah dan menyebabkan kelemahan saraf dan rembesan hormon yang terganggu.
- Gangguan kesihatan mental juga boleh mengakibatkan mimpi basah kerana gangguan rembesan hormon terjadi.
- Obesiti dan kurang aktiviti fizikal mengurangkan pengaliran darah ke organ pelvis.
Untuk mengatasi masalah ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Maklumat lanjut diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat.
Jika masalah ini berlarutan dan mengganggu anda, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah