Need Help?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Zakar tak boleh keras

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Julai 15, 2021 4:59 PM

Sulit 17 bulan

Zakar saya ssah nk keras . Bila keras trlalu cpat die turun. Klau keras pun tak spenuhnya keras… sya ada darah tnggi… sblom ni sy pnah kene minuse stroke…ape sy perlu buat

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Dr Ramzdhan 22 bulan
General Practitioner

Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Kami memahami anda mengalami masalah mati pucuk. Kami akan cuba membantu anda.

Masalah zakar tidak mengeras juga dikenali sebagai mati pucuk atau erectile dysfunction. Ini berlaku kerana badan gagal mengenal pasti ransangan terhadap alat kemain, dan otot alat kelamin tidak menegang. Ini menghalang seseorang dari melakukan aktiviti seksual seperti masturbasi dan persetubuhan.

Selain dari kesan fizikal, mati pucuk jugak boleh memberi kesan kepada emosi dan hubungan dengan pasangan. Mati pucuk boleh dirawat. Ia boleh dirawat dengan menggunakan ubat atau pun tidak, bergantung kepada keadaan pesakit dan doktor yang merawat.

Yang pertama yang boleh dilakukan ialah dengan mengubah gaya hidup pesakit agar lebih banyak bersenam, berhenti merokok, diet yang seimbang, dan mengurangkan berat badan. Jika ini masih tidak berhasil atau pesakit susah untuk mengubah gaya hidup, alternatif lain seperti terapi minda boleh membantu. Pesakit boleh mendapatkan khidmat terapi psikoseksusual. Kaedah ini terbukti untuk merawat mati pucuk dalam jangka masa yang panjang tanpa sebarang kesan sampingan yang membahayakan kesihatan. Sekiranya masih gagal, ubat boleh diberikan untuk merawat mati pucuk.

Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Dikemaskini pada: Thu Jul 15 2021 16:59:51 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Urologi tentang mati pucuk secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.