
Sulit
4 tahun
Zakar tidak teransang
Zakar saya tidak teransang seperti selalu semasa onani…ada ini punca kekerapa saya yg suka onani…ada rawatan tak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang hadapi pada masa ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa seseorang itu mengalami masalah mati pucuk:
- Kemurungan
- Stres
- Masalah saraf
- Kencing manis
- Darah tinggi
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut supaya rawatan dapat diberikan.
Terdapat pelbagai cara untuk mengatasi masalah ini seperti:
- Bersenam
- Kurangkan stres dan tekanan anda
- Memastikan diri anda mendapatkan rehat yang cukup
- Ubat-ubatan; namun anda perlu diperiksa oleh doktor dahulu sebelum mendapatkan ubat tersebut
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Ingin kami tekankan bahawa jangan sesekali membeli produk ubat kuat lelaki seperti yang dipasarkan di pasaran ataupun di internet kerana kami tidak mengetahui kandungan dan kesannya terhadap badan seseorang.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan daripada doktor pakar kami yang bertauliah. Terima kasih.