
Sulit
4 tahun
0 Hasil carian untuk Dimanakah clinic area johor yang menawarkan service abortion untuk 8week
Atas persetujuan family dan faktor umur baru 19tahun.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, menggugurkan kandungan tanpa sebab munasabah merupakan kesalahan undang-undang di Malaysia dan boleh disabitkan kesalahan sekiranya ditangkap.
Terdapat beberapa risiko pengguguran kandungan sekiranya dilakukan:
- Keguguran yang tidak sempurna (incomplete abortion) dan kemudiannya memerlukan pembersihan melalui pembedahan
- Pendarahan yang banyak
- Kehamilan akan terus berlaku sekiranya proses pengguguran gagal
- Risiko untuk mendapat jangkitan pada rahim
- Ketidakselesaan perut
Sebagai maklumat tambahan, anda masih boleh mengandung pada masa hadapan sekiranya anda tidak mengalami apa-apa masalah semasa proses kehamilan atau pengguguran.
Saya sarankan anda untuk bertemu dengan doktor di klinik berdekatan dahulu untuk membincangkan masalah ini.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk mendapatkan penjelasan mengenai situasi anda pada masa ini bersama dengan doktor kami secara peribadi. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.