Anonymous
4 tahun
11 tahun hidup bersama HIV. 10 tahun rawatan serta Haart. 1 tahun rawatan & Haart tegendala
Selamat sejahtera. Diminta, tajuk di atas dirujuk. 1 tahun tergenda, terkesan akibat depressi. Namun, saya ingin teruskan rawatan. Rawatan sebelum, di PPUM. Saya berniat merujuk kepada Hospital Sultanah Bahiyah. Saya telah bermukim dengan kekal di Kedah. Soalan merujuk pada isu ini, bagaimana untuk dapatkan rawatan sekiranya tiada surat rujukan. Nasihat Doktor setinggi penghargaan tidak ternilai. Yang benar : zakri Adnan, 37 thn.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor anda di PPUM dan mendapatkan nasihat beliau serta memohon rujukan kepada hospital sultanah bahiyah untuk mendapatkan rawatan lanjut di sana.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.