
Sulit
3 tahun
2 bulan tidak datang haid
Saya wanita berusia 20an dan saya mengalami masalah haid yang tidak teratur sejak dari sekolah menengah lg . Tetapi pada tahun ini , saya sukar bernafas macam sangkut di tengah2 dan menyebabkan saya sukar untuk tidur . Selain tu juga sudah 2 bulan saya tidak datang haid dan mengalami stress di dalam rumah .

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah kitaran haid tidak teratur. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- Tekanan emosi
- Pengambilan ubat ubatan herba
- Penyakit organ reproduktif seperti polip, endometriosis, kanser rahim, PCOS atau pangkal rahim
- Masalah di kelenjar tiroid atau pituitari
- Jangkitan kuman di bahagian rahim ataupu faraj
Gejala kesesakan nafas tidak semestinya berkaitan dengan kitaran haid tidak teratur anda tetapi boleh disebabkan oleh asma, penyakit TB atau perkara yang lebih serius. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.