
Sulit
3 tahun
2minggu tidak datang haid kemudia 1 Hari datang haid tetapi tidak sampai sehari darah haid keluar
Saya Remaja perempuan yang berumur 19 tahun Saya mengalami lambat datang haid,Hal ini kerana sudah 2 minggu tidak datang tapi last Saya datang haid hanya sehari dan Bulan ini pada tarikh 24/06/21 Saya datang haid tetapi tidak sampai sehari Saya darah haid Saya keluar,boleh Saya dapat kan penjelasan Dari doktor tentang masalah haid Saya tersembur.

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui keterangan yang disampaikan diatas, anda mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, kitaran haid yang tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya termasuk
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
Namun begitu, haid yang tidak teratur juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.