
Leehuanxian
5 tahun
37.3 celsius, send macam sore, letih,
Suhu 37.3 celsius, badan send rasa macam lenguh, 18 mac mata sakit pergi check di THONES. 19 mac, sakit perut 8pm datang dengan sangat tiba lepas tu terus diarrhea. Sampai hari ini 20 mac perut macam ada tak selesa. Take mungkin makan salah sebab sekeluarga makan yang sama, tak keluar.adakah saya perlu check untuk Covid-19? Jika ya di mana patut saya check. Sebab pagi dah headache and dizzy. Tiredness and dry oral.

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham tentang kebimbangan anda mengenai risiko jangkitan COVID-19.
cirit birit sehingga menyebabkan pening kepala boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan. Antaranya:
- keracunan makanan
- gastrik
- Irritable bowel syndrome
- Inflammatory bowel syndrome
Pening dan mulut kering menandakan anda kurang air kerana cirit-birit yang berlebihan. Maka, minum air dengan mencukupi.
Cirit- birit merupakan gejala yang amat jarang untuk berlaku pada COVID-19. Keperluan untuk ujian saringan COVID-19 adalah berdasarkan risiko anda. Oleh itu, sila nilai risiko anda melalui kuiz berikut:
- Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Sekiranya anda berisiko sederhana tinggi atau tinggi, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini