
nurulzawiyah95
5 tahun
7 hari period tapi rasa macam senggugut
hi doktor… saya nak tanya… harini sudah 7 hari saya period… tetapi malam tadi kedua-dua belah kaki saya rasa lenguh dan bahagian rahim saya terasa sakkt seolah-olah senggugut… seperti tanda-tanda baru nak period…adakah normal jika period dah 7 hari tapi masih rasa macam tu?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Sakit bahagian rahim merupakan salah satu gejala yang paling biasa dialami oleh warga perempuan semasa kedatangan haid. Perubahan hormon yang berlaku semasa kedatangan haid akan menyebabkan otot-otot di dalam rahim anda untuk mengeras untuk membuang darah di dalam rahim.
Selain itu, perubahan hormon tersebut akan meningkatkan sensitiviti badan terhadap kesakitan yang berpunca daripada otot-otot rahim yang mengeras. Oleh itu, wanita akan mengalami sakit perut semasa kedatangan haid. Secara umumnya, sakit sengugut semasa haid boleh dikurangkan dengan menggunakan ubat tahan sakit seperti ibuprofen atau ubat pencegah kehamilan.
Namun demikian, sakit senggugut yang teruk semasa kedatangan haid boleh disebabkan oleh pelbagai jenis masalah lain seperti:
- endometriosis (lapisan dalam rahim yang tumbuh di luar rahim)
- fibroid
- adenomyosis
- jangkitan rahim
Penyakit-penyakit seperti endometriosis boleh menyebabkan komplikasi yang serius seperti ketidaksuburan jika tidak dirawat dengan awal. Jika kesakitan anda mengganggu aktiviti harian anda, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor dengan segera untuk mendapatkan rawatan.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.