
Sulit
3 tahun
Aank panas dalam sudah 2 hari
Hello doktor. Anak saya itu panas dalam. Saya nak tahu apa panas dalam itu bahaya atau tidak. Dan apa ubatnya untuk panas dalam. Anak saya sudah dua hari panas dalam. Mohon keterangannya doktor.

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anak anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anak anda. Antaranya adalah:
- Dehidrasi
- Jangkitan seperti bakteria dan virus
- Radang pada anggota badan tertentu
- Sunburn
- Jangkitan COVID-19
- Selepas vaksinasi (gejala ini akan reda selepas beberapa hari dan adalah normal)
- Heat stroke
- Kesan sampingan ubat
Untuk pengetahuan anda, suhu badan yang normal adalah di antara 36.5 sehingga 37.5. Suhu yang melebihi atau kurang daripada normal memerlukan pemeriksaan lanjut.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Kanak-Kanak.