
Sulit
3 tahun
About the pregnancy high risk or not
hi dr. i just nak tanya. kalau kita bersetubuh menggunakan condom but at the same time kita tengah medium chance of pregnancy adakah chances utk mengandung tu tinggi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, kehamilan berlaku apabila sperma lelaki memasuki ke dalam sistem peranakan wanita dan menemui sel telur wanita di tiub falopian. Risiko untuk hamil adalah rendah sekiranya anda menggunakan kondom, namun kehamilan boleh terjadi sekiranya kondom tersebut bocor ketika anda bersama dengan pasangan.
Pastikan persoalan anda terjawab. Doktor pakar ibu dan anak (obstetrician) dapat membantu anda .
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih