
asyraniaszay
4 tahun
Ada bengkak di leher
Assalam doc, skrg ni sy mengalami penurunan berat badan dan pada masa yg sama di leher sy mempunyai ketulan d sebelah kanan… Adakah ini symptom teriod?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Masalah bengkak pada leher boleh berlaku kerana:
- Masalah tiroid goiter (hiper atau hipo-tiroid)
- Thyroglossal cyst (Sist tiroglossal)
- Radang nod limfa
- Sist brankial (Branchial cyst)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.