
Sulit
5 tahun
Ada kah saya dijangkiti kolestrasis intrahati?
Saya seorang ibu hamil . Kandungan sudah mencecah 34w . Pada pemeriksaan lps saya ada buat ujian fungsi hati . Dan result AST 129 / Alt 59 . Tinggi bukan ? Doc ada ambil ujisn hepatitis . Saya x pasti saya mnghidap itu kerana belum dtg pemeriksaan berikut. Tetapi sejak 2-3 menjak ini saya mengalami kegatalan seluruh badan saya. Sehingga ganggu waktu tidur saya. Kkdg dia terlalu gatal kkdg hilang. Saya cuba search google dan jumpai statmnt mengenai penyakit hati iaitu kolestasis intrahati . Saya rasa saya sdg mengalami penyakit ini. Kerna bacaan fungsi hati saya pon tidak ok. Perlu ke saya terus ke klinik harini atau tunggu next appointmnt checkup seterusnya .?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kolestasis intrahati merupakan salah satu kemungkinan. Aliran hempedu yang tersumbat disebabkan oleh batu hempedu atau saluran sempit boleh juga menjadi puncanya. Buat masa sekarang, saya galakkan anda menunggu ujian darah supaya punca dapat ditemui.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.