
wanasafina
5 tahun
Ada kantung janin tapi keluar darah macam haid
sy berumur 23 thun…brubru ni ade buat upt dan postif…tga kli buat tga tga postif …tp hri ke empat lps buat upt sy kluar bercak drh sdikit hri ke enam drah mkin bnyk mcm haid tp cek doktor kta ada kantung janin

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pendarahan sewaktu awal kehamilan boleh disebabkan:
- Kehamilan kembar
- Keguguran
- Kehamilan luar rahim
- Penyakit trofoblas
- Fibroid/polip dalam rahim berdarah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.