
Anonymous
6 tahun
Ada pembuahan ketika period
doktor ? selepas saya bersama suami . selang 5 hari saya sudah datang period selama 7 hari seperti biasa . adakah proses pembuahan telur itu menjadi ? atau ianya sudah keluar sama ketika darah haid saya mengalir

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman puan, biasanya haid menandakan tiada persenyawaan antara sperma dan ovum atau tiada implantasi berlaku. Berdasarkan keterangan puan kemungkinan untuk persenyawaan sperma dan ovum adalah rendah.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.