Sulit
6 tahun
Ada pendarahan period
Salam sejahtera, saya hana berumr 27 thun. Saya nk tanya. Bawl bln 9 saya tak period dh msk 15 hri, tp bla check guna pregnancy test keputusan negatif. Tiba² 17/09 ada pendrahan tp sikit. Pad tak penuh pn. Tak mcm biasa bila period. Pndrahan tu tak lama ambk masa 3/4 hri je. Lpas tu stop. Ingt kan period jd tak ambk kish sgat. Tpi 25/09 hri tu ada pndrahan lagi smpai hri ni. Risau juga knpa blh mcm ni sbb sblm ni x pernh jd. Tolg saya.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid tidak teratur ini boleh disebabkan:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Kesan mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


























