
Sulit
3 tahun
Ada penyakit darah tinggi, boleh ke disuntik dengan sinovac?
Saya berumur 57+, menghadapibpenyakit darah tinggi. Makan 2 jenis ubat darah tinggi, tergolong dlm kumpulan berisiko.Terlepas varsin kumpulan berisiko. Dapat temujanji dose 1 untuk varsinasi, Varsin sinovac…Boleh ke saya ambil sinovac ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, vaksin Covid-19 boleh diberikan kepada individu berumur 18 tahun dan ke atas, asalkan mereka tiada sejarah alahan kepada ubat-ubatan yang teruk. Memandangkan anda menghidapi penyakit darah tinggi, anda adalah dalam golongan yang berisiko tinggi. Oleh itu, anda perlu mengambil vaksin Covid-19 secepat mungkin.
Kesan sampingan yang boleh berlaku selepas pengambilan vaksin Sinovac adalah :
- Demam menggigil
- Sakit kepala
- Sakit tekak
- Keletihan
- Sakit dan bengkak pada tempat suntikan
Kesan sampingan seperti yang disenaraikan di atas akan reda selepas beberapa hari. Namun, sekiranya ia berpanjangan atau tidak boleh dikawal di rumah, sila rujuk kepada klinik untuk bantuan selanjutnya.
Anda boleh menghubungi talian JKJAV di 1800-88-828 untuk maklumat lanjut atau anda boleh menghubungi kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini