
sharifahemilia
5 tahun
Ada yang kata anxienty
Saya berumur 46 saya selalu rasa takut apa bila nak keluar jauh dari rumah. Bila jauh sikit je saya dah mula rasa tak tentu arah dan akan mula rasa sesak nafas.dan saya tak boleh sendirian.perkara ni buat saya hanya boleh duduk di rumah sahaja dan ni telah membuatkan suami dan anak saya tidak selesa dengan saya. Selalu jadi bila saya ikut mereka ke suatu tempat di pertengahan jalan saya akan mula rasa takut sesak nafas dan akan mengajak mereka patah balik untuk balik ke rumah kerana saya rasa di rumah paling selesa bila saya ada dalam keadaan macam tu.saya nak minta pandangan dari doktor kerjasama doktor saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, masalah yang anda alami memerlukan konsultasi lanjut untuk menentukan puncanya. Setelah itu, barulah rawatan sewajarnya dapat diberikan. Antara kemungkinan masalah yang anda alami adalah ‘Anxiety’, ‘Agoraphobia’, dan sebagainya.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang teman anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.