
Sulit
3 tahun
Adakah ada kesan makan durian lepas vaksin?
selamat malam , saya ingin bertanya tentang kesan makan durian selepas vaksin , adakah ada kesan kesan buruk ? dan jika sekiranya ada , boleh beri nasihat ringkas makanan dan minuman yang dilarang selepas ambil vaksin ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, setakat ini tidak ada kajian yang menunjukkan bahawa tidak boleh makan durian sebelum atau selepas vaksin covid 19. Anda boleh makan dan minum seperti biasa selepas mengambil suntikan vaksin covid 19.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini