
Sulit
4 tahun
Adakah akan hamil sekirannya bersetubuh sehari sebelum period
Haii saya wanita 20an telah bersetubuh (14/3) sehari sebelum due period tetapi masih tidak dtg period lagi sampai sekarang (23/3) dan kitaran haid saya tidak teratur (35hari)

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan anda, sukar untuk kami pastikan sama ada anda hamil ataupun tidak memandangkan anda menyatakan kitaran haid anda yang tidak teratur. Selain itu, banyak maklumat lain yang perlu diketahui dan juga pemeriksaan oleh doktor perlu dilakukan. Anda boleh menggunakan kit ujian kehamilan sebagai saringan awal untuk melihat sama ada keputusannya positif atau negatif. Sekiranya positif, sila berjumpa dengan doktor untuk membuat pengesahan kehamilan.
Berikut merupakan beberapa sebab yang biasa dilaporkan bersama masalah haid yang tidak teratur:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Kehamilan
- Penggunaan ubatan hormon seperti pil perancang keluarga
- Penggunaan ubat-ubatan
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Anda juga digalakkan untuk merekod kitaran haid anda supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan doktor pada masa hadapan.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.