Sulit
4 tahun
Adakah bekas pesakit covid boleh bergaul seperti biasa dengan pesakit covid?
Saya disahkan positif covid19. Saya telah tamat tempoh kuarantin pada 1/9. Pada 30/8 keluarga saya yang pula telah disahkan positif. Dan kami tinggal serumah. Jadi mereka mula kuarantin pada 30/8 sehingga 8/9. Soalan saya, bolehkah saya dan keluarga saya tinggal bersama dan bergaul seperti biasa? Memandangkan saya juga positif tetapi telah tamat tempoh kuarantin. Mohon pencerahan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, pesakit Covid-19 yang telah pulih tidak akan menyebarkan virus kepada orang lain. Kajian menunjukkan bahawa kebolehjangkitan seseorang individu yang positif Covid-19 menurun kepada tahap rendah selepas 10 hari dari hari pertama gejala. Oleh itu, anda tidak perlu bimbang sekiranya keluarga anda menyebarkan jangkitan kepada anda.
Anda juga telah pulang dari pusat kuarantin, bermakna dia telah disahkan sihat dan tidak lagi berpotensi menyebarkan virus. Anda boleh berinteraksi dan berhubung dengan keluarga anda seperti biasa.
Anda boleh menghubungi talian CPRC untuk maklumat yang lanjut.
Hubungi kami secara atas talian untuk konsultasi secara peribadi sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































