Sulit
3 tahun
Adakah berpluang untuk hamil selpas keguguran
Sya wnita berumur 22 tahun sya pernah mgaalami keguguran pda bualn 9 tahun lalu. Msa tu kndungan sya 7 minggu dn ketika keguguran ank prtma janin smua kluar dn sya tdk brjumpa dgan dokter slepas keguguran sya datng bulan sperti biasa dan 6 bulan mnunggu untuk mengandung lagi😣adakah sya berpluang lagi ntuk hamil kali kedua atu pun brjumpa dgn dokter?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda terdapat banyak faktor yang boleh menyumbang kepada kesukaran untuk mengandung. Antaranya:
- Anda belum mencuba dengan cukup- kekerapan hubungan intim tidak cukup atau tempoh mencuba belum lama
- Tidak berovulasi- disebabkan oleh PCOS, berat badan tidak mencukupi, primary ovarian insufficiency (ovari tidak cukup), masalh tiroid, hyperprolactinemia (penghasilan hormon prolaktin terlalu banyak) dan bersenam berlebihan.
- Masalah pada sperma pasangan lelaki
- Umur
- Tiub falopia tesekat
- Endometriosis (masalah dinding rahim)
- Masalah penyakit lain
- Mandul
Keguguran tidak menjadi penghalang kepada untuk hamil lagi.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.